Selasa, 6 Oktober 2009

~CONTOH PENULISAN BUKU LOG~
(FInal Project-Modul Interaktif Sistem Digit-)

BAB I


PENGENALAN


Modul interaktif ini dicipta untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Penggunaan multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini mampu menarik minat para pelajar supaya mereka lebih tertarik dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Multimedia interaktif juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan interaksi antara pelajar.


1.1 PENDAHULUAN


Bahan multimedia yang berbentuk cakera padat interaktif boleh dijadikan sebagai modul pembelajaran berasa komputer di mana ianya mengandungi bahan-bahan pembelajaran yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini digunakan untuk menilai keberkesanan Modul Pembelajaran Compact Disk (CD) Interaktif yang dibangunkan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Sistem Asas Digit (ESS 104).
Modul interaktif merupakan sebuah perisian yang dibangunkan menggunakan teknologi komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang mengandungi elemen-elemen multimedia seperti audio, video, teks, visual, dan animasi. Modul interaktif menjadi semakin popular sejajar dengan perkembangan teknologi dan komunikasi masa kini terutama dalam pembelajaran perisian komputer. Kandungan modul interaktif pada masa kini lebih menjurus kepada penerangan langkah demi langkah.
Modul ini dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar semester 1 Sistem Komputer dan Sokongan yang mempelajari kursus Asas Sistem Digit. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash Player Pro 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian yang lain seperti Adobe Photoshop CS dan Sound Forge 9.0.
Antara kelebihan modul interaktif ini adalah membantu pelajar supaya dapat memahami dengan lebih jelas setiap operasi sistem digit yang berlaku.











1.2 PENYATAAN MASALAH


Sistem digit merupakan subjek yang sukar memberi gambaran sebenar kerana ia hanya boleh difahami oleh sistem komputer sahaja. Kesukaran dan kesulitan yang dialami oleh para pensyarah untuk mengajar modul ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar serta sukar memberi pendedahan realistik mengenai perjalanan digit dalam sistem komputer.
Sukatan pelajaran yang masih menggunakan sistem pengajaran yang lama iaitu menggunakan whiteboard dan kertas untuk menyampaikan maklumat menyebabkan pelajar belajar dalam keadaan yang kurang menarik. Cara yang kurang efektif ini kepada pelajar menyebabkan pelajar kurang perhatian terhadap kursus sistem digit ini.











1.3 OBJEKTIF


Dalam pembinaan perisian modul interaktif ini, terdapat empat objektif yang ingin dicapai. Antara objektif tersebut adalah seperti berikut :
i) Sebagai bahan sokongan dalam memberi kefahaman dan menarik minat pelajar untuk fokus terhadap kursus sistem digit.
ii) Membina satu perisian yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar untuk sistem digit.
iii) Memudahkan proses pembelajaran kerana kaedah pengajaran melalui teknologi dapat mengubah cara penyampaian maklumat.
iv) Menambahkan bahan bantu mengajar untuk pensyarah selain nota bercetak.









1.4 KEPENTINGAN KAJIAN


Sistem pendidikan pada masa dahulu dan sekarang kebanyakannya melibatkan penggunaan teks secara meluas dan telah menjadi kebiasaan, namun timbul juga masalah bagaimana hendak menerangkan kepada pelajar dengan lebih jelas supaya sesi pengajaran dapat berjalan dengan baik. Dengan adanya modul interaktif ini, pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan jelas.
Perisian modul interaktif ini akan memberi manfaat kepada pihak kolej dan juga pensyarah sebagai bahan bantu mengajar semasa kelas berlangsung. Perisian ini juga akan memberi manfaat kepada para pelajar dalam usaha untuk memantapkan pemahaman mereka dengan isi kandungan modul Asas Sistem Digit.
Pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah merangkumi pelbagai bentuk medium seperti video, teks, audio, grafik dan animasi. Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi tetapi apabila digabungkan elemen-elemen seperti grafik, animasi dan audio memberi kesan yang lebih efektif kepada pelajar. Pembinaan perisian ini juga adalah mengikut sukatan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.







1.5 SKOP KAJIAN


Skop kajian yang akan dijalankan ini hanya tertumpu pada pelajar semester 1 bagi kursus Sistem Komputer dan Sokongan(SKS).
Isi kandungan perisian ini adalah berdasarkan kepada sukatan modul Asas Sistem Digit yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kepada Kolej Komuniti.Terdapat 5 subtopik di dalam modul bagi kursus ini, yang merangkumi sistem nombor, get – get logik, famili get logik, operasi – operasi boolean dan logik berjujukan

0 ulasan: